Saturday, March 21, 2009

ptk vs kenduri

cuti sekolah ni ramai yang ambil kesempatan buat kenduri kendara, tak kisah le kenduri apa pun tapi yang paling banyak kenduri kahwin le, kekadang tu sampai tiga empat sehari dan tak tahu yang mana satu nak pergi , hari ni pun aku ada tiga tempat yang patut pergi tapi tak sempat sebab dah panas sangat lagi pun anak-anak nak tido so sempat gi satu je.. yang aku nak cerita pasal ptk vs kenduri ni sebab hari khamis baru ni ada periksa ptk dan hari khamis tu jugak ada kenduri kat kg aku, kebetulan cikgu sekolah aku jugak yang buat kenduri tu, yang bestnya dalam pukul 12.30 tengahari tu ramai cikgu yang datang dan semuanya smart-smart belaka dengan seluar slack dan baju kemeja cuma tak ade yang pakai tie, aku pun apa lagi dok menyakat diaorang le "aii apasal smart sangat dtg kenduri ni" diaorg senyum kelat je le sebab periksa dah lama tapi tak lulus jugak sebab tak bernasib baik. Aku kira bernasib baik sbb dah lulus dua kali, nak kata baca tak jugak tapi bila aku jawab memenag aku tak keluar awal..aku baca soalan betul-betul, walaupun tak tahu tapi boleh agak jawapannya kalau faham kehendak soalan tu, tu nasihat aku kepada cikgu yang selalu keluar awal dan harapkan lulus, mungkin boleh tapi susah sikit le
Ok berbalik pasal kenduri dan ptk tadi, cikgu sekolah aku tu kahwinkan anak dia so dia tak gi ptk, tapi dia tak gi bukan sebab kenduri je tapi dia dah dapat dg44 so tak guna kalau pergi periksa. Cuma satu je aku tak suka pasal ptk ni sebab diaorg buat masa cuti, kesian cikgu yang duduk jauh sebab hari rabu dah kena balik dari kg ..habis periksa ada yang balik kg semula dan ada jugak yang terus tunggu bukak sekolah... tapi aku ada cadangan bagi yang dah kahwin, sebelum ptk balik rumah suami lepas ptk balik rumah isteri kan senang tak payah gaduh2.
ok see you all again

LAMA TAK ONLINE

assalamualaikum..jumpa lagi setelah lama hilang .. bukan kemana tapi balik kampung kejap sebab anak selalu je demam dan tengah dok balik kg tu bapaknya pulak demam campak, nak buat camne. aku balik kg lama jugak , aku rasa adele tiga minggu kot. Kat kg biasale macam-macam boleh buat tapi disebabkan demam aku dok melepak je le.. aku pun dah lama tak main badminton, hari rabu baru ni gi le main tapi sebab dah lama tak main aku mengah je, baru habis dua set dah tak larat dah.. aku respek kat chong wei sebab dapat kalahkan lin dan, tapi yang aku pelik lin dan tak main macam biasa , yang aku perasan kalau lin dan main dia mesti bagi belakang chong wei, chong wei akan drop dan lin dan bagi kat net chong wei angkat tinggi kemudian lin dan smash, habis.


ok sampai jumpa lagi

Thursday, March 5, 2009

Lawan Badminton

Selamat bertemu kembali...semalam aku ngan geng tahan service badminton club mengadakan perlawanan persahabatan..lawan tabung (siapa kalah kena beri satu tabung shuttle cock) .. agak mendebarkan jugak sebab empat regu pertama semuanya seri, nasib baik regu kelima menang.. so dapatlah kitaorang satu tabung percuma(terima kasih kpd geng Tun Teja kerana kalah ha ha ha)..
Selasa depan ada friendly jugak cuma kali ni sekolah aku akan lawan sekolah padang piol..petang ni nak turun training kat tun teja..aku main sokmo cuma cikgu lain sekolah aku yang dah lama gantung reket, harap-harap dapat menang..Tunggu padang piol

PENGUNJUNG

Followers

Contributors