Tuesday, April 14, 2009
BADMINTON
hari sabtu ni akan ada satu pertandingan bedminton antara warga pendidik sekolah menengah daerah jerantut dan baru petang tadi selesai cabutan undi. Penyertaan amat memberanngsangkan dimana ada 20 pasukan yang akan bertanding. Aku akan bergandingan dengan cikgu osman, harap ada stamina sebab nak kena lawan 4 kali dalam masa 3 jam. Aku harap dapat merangkul kejuaraan kali ni, kalau tak pun dapat masuk separuh akhirpun kira ok le tu.. yg pasti 4 kali main tu dah kira seronok..
Thursday, April 9, 2009
LADAP
hari ni kat sekolah aku ada LADAP atau nama penuhnya latihan dalam perkhidmatan untuk warga pendidik..kalau nak ikutkan kena buat hari sabtu tapi oleh kerana hari sabtu ni sekolah ganti maka ditukarkan ke hari ni.. LADAP hari ni tajuknya EG-Tukar atau sistem pertukaran guru secara online bagi pertukaran guru antara negeri. Habis je taklimat ni aku rasa nak mintak tukar lah .. paling tidakpun ke smka Tahap..dah boring gak asyik berulang , masuk tahun ni dah 8 tahun aku dok berulang alik ke sekolah dan purata minyaknya rm10.00 sehari kalau nak kira sebulan dah 300 itu belum campur lagi dengan kesana kemari. lagipun kesian kat kereta aku yang dah 7 tahun ni rasanya tak berhenti lagi berkhidmat, maybe tak lama lagi berhenti kot kalau rezeki ada nak sambar alphard satu lagipun anak dah besar dah tak muat dah.
Tuesday, April 7, 2009
EARTH HOUR
Walaupun dah lama berlalu tapi aku masih lagi berfikir tentang earth hour ni..mana tidaknya rumah aku bergelap tapi rumamh yang lain cerah memancar je..tak tahu di mana silapnya nak kata tak ada kempen rasanya dah cukup banyak kat astro, yang peliknya kalau kempen benda lain tu ramai je yang mengikutnya .entahle.......
Subscribe to:
Posts (Atom)