Thursday, April 9, 2009
LADAP
hari ni kat sekolah aku ada LADAP atau nama penuhnya latihan dalam perkhidmatan untuk warga pendidik..kalau nak ikutkan kena buat hari sabtu tapi oleh kerana hari sabtu ni sekolah ganti maka ditukarkan ke hari ni.. LADAP hari ni tajuknya EG-Tukar atau sistem pertukaran guru secara online bagi pertukaran guru antara negeri. Habis je taklimat ni aku rasa nak mintak tukar lah .. paling tidakpun ke smka Tahap..dah boring gak asyik berulang , masuk tahun ni dah 8 tahun aku dok berulang alik ke sekolah dan purata minyaknya rm10.00 sehari kalau nak kira sebulan dah 300 itu belum campur lagi dengan kesana kemari. lagipun kesian kat kereta aku yang dah 7 tahun ni rasanya tak berhenti lagi berkhidmat, maybe tak lama lagi berhenti kot kalau rezeki ada nak sambar alphard satu lagipun anak dah besar dah tak muat dah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment